Selasa, 23 Mac 2010

Senarai Guru Besar (1957-kini)


Maklumat Asas Sekolah

VISI


*** Ke Arah Sekolah Berkesan 2010 ***



MISI


Mewujudkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang berkesan.
Mengamalkan budaya ilmu.
Memupuk penglibatan dalam kokurikulum yang bersepadu dan menyeluruh dengan pendekatan yang berkesan
Mengamalkan budaya kerja yang berkesan (efektif) dan cemerlang
Memupuk integrasi kaum.


OBJEKTIF


Peningkatan dari segi kualiti kelulusan penuh dalam peperiksaan UPSR.
Memupuk sekolah yang mesra insan dan mesra alam.
Melibatkan peningkatan dalam semua pertandingan kokurikulum di peringkat sekolah rendah.
Menyediakan prasarana sekolah yang mencukupi , kondusif dan selamat.
Meningkatkan kualiti insan yang dilahirkan.

MOTTO


*** Maju Terus Maju***

Khamis, 18 Mac 2010

Pembangunan & Prasarana SK Selepong


SK Selepong, Pra Sekolah terletak berhampiran dengan pintu masuk dan tidak jauh dari bangunan utama. Pra Sekolah juga mempunyai peranan sebagai membantu kanak-kanak supaya bersedia dan memberi pendidikan awal sebelum memasuki alam persekolahan. Guru yang terlibat dalam pra sekolah adalah Encik Noh b. Mik dan dibantu Pn. Qistina Manggat.

Selasa, 16 Mac 2010

Sejarah Sek Keb Selepong

Sekolah Kebangsaan Selepong telah ditubuhkan pada tahun 1957 bermula dengan sebuah kelas Primary One. Guru Besar yang pertama ialah En. Mathew Sambang. Sekolah ini pada masa itu adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Batang Lupar (Batang Lupar District Council). Pada tahun1961 sekolah ini telah lengkap dari Primary One ke Primary Six. Pada tahun itu juga murid Primary Six sekolah ini pertama kali menduduki peperiksaan kerajaan Common Entrance Examination.
Sekolah Kebangsaan Selepong terletak kira-kira 28 kilometer dari pekan Sri Aman dan 193 kilometer dari Bandaraya Kuching. Kedudukan demografinya yang terletak di tepi lebuhraya Kuching - Miri membolehkan sekolah disinggahi dengan begitu mudah sekali. Sekolah ini juga terletak berhampiran sempadan Borneo kalimantan yang hanya sekurang-kurangnya 30 minit perjalanan kaki untuk sampai ke puncak banjaran Kalimantan yang menentukan garis persempadanan. Persekitaran sekolah ini dikelilingi oleh kawasan paya dan berdekatan dengan beberapa buah rumah panjang. Justeru, Sekolah Kebangsaan Selepong dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.
Kini SK. Selepong mempunyai 7 buah kelas termasuk Pra sekolah dan mempunyai kakitangan seramai 17 orang guru, 12 staf sokongan, 5 orang khidmat sokongan swasta(keselamatan dan pembersihan) dan 163 orang murid sekolah. Sekolah ini adalah sekolah asrama harian gred A dengan enrolmen seramai 73 orang penghuni asrama. Murid-murid sekolah ini adalah terdiri daripada 95% etnik iban dan 5% lagi terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan Melanau. Murid-murid ini berasal dari 19 buah rumah panjang yang berhampiran dan dari beberapa kawasan perumahan di bandar.
Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan seperti makmal komputer, Pusat Akses, selain kemudahan asas yang lain.Sekolah ini juga merupakan pusat untuk pelbagai aktiviti kelolaan jabatan kerajaan kerana lokasinya yang strategik untuk menghubungkan penduduk luar bandar dan bandar. Antara aktiviti yang pernah dianjurkan adalah program 'Larian Kemerdekaan' 'Sarawak Cergas' pada tahun 2000 anjuran Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan peringkat bahagian Sri Aman. Selain itu aktiviti anjuran Jabatan Pelajaran Bahagian adalah seperti kursus 'Kepimpinan Pengawas Asrama', 'Pengurusan SPBT untuk guru-guru Sekolah Menengah dan Rendah bahagian Sri Aman' , Latihan Pusat Bola Sepak dan sebagainya.

Logo SK Selepong

Warna Kuning
Adalah lambang kepada suasana persekitaran yang kondusif dan selamat.

Warna Hitam
Melambangkan ‘topi graduan’ bermaksud para pelajar yang berjaya di masa hadapan.

Warna Merah
Sebagai lambang budaya kerja yang berkesan, efektif dan cemerlang kepada semua warga sekolah.

Lambang Lilin
Bermaksud ilmu sebagai penyuluh hidup dan jati diri dalam menjana pendidikan semasa selaras dengan perkembangan insane yang menyeluruh dan berkesan.

Lambang Manusia
Adalah lambang kepada warga sekolah yang mengutamakan pendidikan dalam mencerakinkan budaya amalan ilmu.

***